Assalamualaikum...
Berkuat kuasa hari ini, tuan rumah telah berpindah ke blog baru yang beralamat di http://nuhzul.com
diharap anda dapat melinkkn blog anda ke blog saya...
kepada yg masih melinkkn ke blog ini, boleh tukar kepada link ini-> http://nuhzul.com
sekian, terima kasih.
- Abdullah Omar
- Abdur Rahman
- Afra'
- Ahmad Zubir
- Ain
- Aini
- Aizuddin Hazman
- Al-Amin Sultan
- Aminah
- Ammar Taqi
- Auzan
- Azrai
- Azree
- Bai
- Bilal Jailani
- Dhany
- Ezzani
- Fahmi
- Farhah
- Farihan
- Fathi
- Fauzun
- Ibrahim
- Izzah Radin
- Maryam Abu Ahmad
- Maryam Muhammad
- Mu'az
- Mujahid
- Mus'ab Shahrim
- Mus'ab Umayr
- Nihlah
- Nuruddin
- Qayyim
- Rahman
- Raja Mukhlis
- Safwan
- Sani
- Sofiyyah
- Syaimaa'
- Syazana
- Syuhadah
- Umayr
- Usamah
- Wan Fatimah
- Yusra
- Zahid
Assalamualaikum wbt. Khas buat lepasan SPM, STPM dan STAM 2008; program ini khas untuk anda!
Forum: Persimpangan Cinta dan Cita-Cita | Ayuh Kenal Yuk! | Latihan Dinamika Kumpulan | Presentasi: Eksplorasi Menara Ilmu | Ceritera Sukses: Resipi Kejayaan Mahasiswa Muslim | Tafakur Alam Rimba! | Cergas Cetus Cerdas | Malam Nurani Intepretasi Seni | R&R Kerjaya dan IPT | Forum: Langkah Menuju Jaya | Ceritera Sukses: Misi Agung Mahasiswa Muslim |dan banyak lagi!
"Bagi saya program ini menyeronokkan kerana telah berjaya membuka hati saya kepada kepentingan hidup secara Islam dan nikmat Islam yang cukup cantik dan tersusun." -- Mohd Harith Kamaludin, Kolej Mara Seremban
"Program ini menyeronokkan... Boleh dilihat pada pengisian program ini penuh dengan ilmu. Selain itu, jemputan penceramah luar juga menunjukkan program tersebut tidak diabaikan dan mendapat sambutan ramai. Aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik remaja." -- Ihsan Alwi, Kolej Matrikulasi Pahang
"Saya sudah mencubanya, anda bila lagi?" -- Harith Md Nasir, UTM Kuala Lumpur
Disertakan brosur sebagai rujukan. Untuk maklumat lanjut, sila klik;
~Satu perkongsian dari salah seorang pendengar pada malam tersebut. Moga kita dapat manfaat
Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.
Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".
Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah
kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan
Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.
Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.
Apa yang kita dengar dari berita:
1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.
2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."
3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."
4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.
Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"
Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.
Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.
Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.
Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.
Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:
1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka
Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak
takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.
Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.
Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada
seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.
Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:
1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.
2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.
3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.
Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.
Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.
Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.
Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.
Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..
Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.
Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.
Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang
baru.
Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.
Adakah setiap hari kita mendoakan mereka?
Adakah setiap hari kita mengingatkan orang ramai tentang kesengsaraan mereka?
Adakah kita masih kuat memboikot barang-barang yang menderma kepada rejim zionis?
Janganlah anda menentang keganasan kerana semangat orang sekeliling...
Tiada demostrasi maksudnya tiadalah penentangan...
Ibarat kabus yang hilang selepas hadirnya matahari...
"Orang yang Istiqomah adalah lebih bagus berbanding orang yang banyak amalannya tetapi hanya semantara"
~lagu terbaru dari In Team:Hanya Takdir
Tetiba ternampak update terbaru dari Dhany. 27 minit yang lepas rupa-rupanya. Lantas aku membuka blog tersebut. Sejak akhir-akhir ini, rajin pula empunya blog tersebut mengupdate blognya. Hehe...
Owh...rupanya aku telah di tag untuk kali ke dua bagi tahun ni. Agak menarik...
Nah, ini dia...
these are the tags:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc on shuffle. For each question, press the next button to get the answer. YOU MUST WRITE DOWN THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
2. Tag 10 friends. Everyone tagged has to do the same thing
--
IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
tak tahu sampai bila aku okay...
it can be overturn anytime...
--
HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
macam mana lagu ni plak yang keluar...
aku selalu dinasihati oleh mak aku:
"do the right thing at the right place and on the right time"
~use the minimum energy for the maximum outcome
--
WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
hatinya senyaman udara desa
--
HOW DO YOU FEEL TODAY?
alwajibat aksaru minal awkoot
hanya Allah tempat bergantung dalam segala urusan kita
tak semua perkara yang anda ingin, anda akan dapat!!
tapi, percayalah, ia akan digantikan dgn yg lebih baik!!
--
HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?lebaran ini-Nowseeheart,Raihan,Ajai,Rem
lebaran akan datang yg ditakuti
lebaran ini yg berusaha untuk tabah
--
WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Bukan utk mengejar perempuan yg bernama Iman,
tetapi mengejar keimanan pada Yang Satu
--
WHAT'S YOUR MOTTO?
Sentiasa tenang dalam semua perkara...(try to be...)
--
WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
my friend that know my past will say:"Hidup ini memang tidak terlepas dari liku2"
--
WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Langkah Tercipta-UNIC
you've 11 brothers, but everyone of you have your own path...
you've right to choose as long the quran and sunnah are your guidance
--
WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Setiap hari fikir..
Pagi nak makan apa...
tgh hari nak makan lauk apa...
malam nak makan lauk apa...
kalau kat rumah, sauk je apa yg ada atas meja..
--
WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
either Syahid or victory...
--
WHAT IS YOUR LIFE STORY?
i'm doing mistake for once but not for second..(hopefully..)
--
WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Got a book about Salahuddin Al-ayyubi at my 12th birthday and really admire him as a syabaab...
--
WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Give salaam and hope he/she got bless from god
--
YOU DANCE AT YOUR WEDDING?
Do i need to dance if God never say so...?
Cinta Ilahi above of others love
--
WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Dakwah...
--
WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Ya Allah...terangkanlah hatiku, jangan Engkau palingkan Hidayah dari ku setelah Engkau berikan hidayah kepada ku
--
YOUR BIGGEST SECRET?
Hehe...
--
WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Go foward, never look back
--
WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Kita berjumpa, berpisah, bergembira,bersedih, berkawan,bergaduh kerana Allah
--
WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Ini hanya segenggam tabah, there will be sepeluk tabah...
Tugasan ke dua:~
Tag 10 orang...
Teman Sejati-Brothers
Teman-teman ku yang sejati...anda telah ditag...

"Assalamualaikum..."
"Wa'alaikum", jawab doktor pendek.
Kelihatan doktor tersebut sedang sibuk menulis sesuatu diatas kertas sambil sekali-sekala melihat ke arah komputer di atas meja.
"Apa masalah?". Tanya doktor tersebut tanpa memandang pesakit tersebut. Doktor tersebut masih sibuk membelek-belek kertas yang bertimbu diatas mejanya.
"Saya sakit perut. Tak tahulah apa yang saya makan malam semalam. Pagi tadi, apabila saya saya bangun, tiba-tiba sahaja perut ni meragam. Pagi ni sahaja dah 3 4 kali saya masuk tandas." Ujar pesakit tersebut.
Suasana bilik tersebut sunyi seketika. Doktor tersebut masih menulis sesuatu diatas kertas.
"Hurm....Saya rasa awak ni demam la."Ujar doktor tersebut.
Pesakit tersebut kebingungan.
"Nanti saya kasi ubat demam dan ubat tahan sakit. Jangan risau, saya kasi MC sekali". Kata doktor tersebut sambil menulis senarai ubat diatas sehelai kertas kosong.
Pesakit keluar dari bilik tersebut kebingungan.
Lazimnya, kesilapan dalam mendiagnosis sesuatu perkara, adalah suatu yang tidak dapat dielakkan. Namun yang dikesalkan, sesuatu yang tidak sepatutnya silap, ia menjadi silap. Jika kesilapan sekecil itupun tidak dapat dielakkan, bayangkan apabila mengdiagnosis suatu perkara yang lebih rumit dan susah.
Pengalaman aku di Kelantan(Maaf ye orang Kelantan) sendiri banyak mengajar perkara sebegini.
Retak tulang belakang yang disangka trauma.
Koyak legamen lutut yang disangka patah kaki.
Semua ini merupakan kesalahan yang berlaku jika setiap perkara diambil lewa oleh doktor. Lebih teruk, jika perkara sebenar tidak diketahui lebih awal, ia akan membawa kepada cacat seumur hidup.
Malah, keluarga aku sendiri sukar bertemukan doktor yang benar-benar sesuai ketika pindah ketempat baru.
Susah hendak berjumpa dengan doktor yang memberi layanan yang baik pada setiap pesakit.
Payah mahu berjumpa dengan doktor yang berdedikasi dalam kerjanya.
Oleh itu, mari kita cermin diri kita sebagai pendakwah. Sejauh mana kita melayan mad'u kita dengan betul. Sejauh mana kita mengikuti perkembangan anak usrah kita. Kadangkala, kita tidak terlepas dari kesalahan dalam meng'diagnosis' masalah mad'u kita. Namun perlu sedar bahawa kita ada Allah bersama kita dalam kerja-kerja ini.
Amat malang, jika anda menjadi seperti doktor-doktor tersebut kerana dengan kesilapan kecil, anda akan menyesal seumur hidup.
Amat malang juga, pesakit(mad'u) pula yang kena bersabar dengan karenah doktor(dai'e).
Wallahua'alam...
~Setakat ni x jumpa lagi doktor kat UIA yang mesra rakyat. Hanya nurse sahaja yang ada jiwa keibuan walaupun ramai kawan aku yang bengang dengan nurse UIA.
~Teringat peristiwa ketika retak kaki. Sedap-sedap je doktor tu pusing kaki aku macam hanya terseliuh biasa sahaja. Mungkin dia doktor baru lepas graduate kot.(dah la doktor perempuan...)
~time buka simen lagi best. Belum sempat masuk bilik lagi, doktor cakap, "Dah la tu...x perlu nak berlakon lagi". Lor...time pasang simen hari tu, cakap kalau nak buka simen, kene jumpa doktor dulu...jangan sekali2 guna kaki yg bersimen tu

Barcelona vs. Espanyol
Tempat: Nou Camp(Barcelona)
Barcelona:
Menguasai tempat pertama liga sepanjang musim 08/09
Mengalahkan Espanyol 6-1 pada tahun lepas
Rekod terbaik bermain di tempat sendiri sepanjang sejarah La Liga
Espanyol:
Berada di tempat terakhir dalam carta La Liga
Berdasarkan 3 perlawan terakhir dengan Barcelona, semua dimenangi oleh Barcelona
Secara statistik, keputusan perlawanan ini sudah boleh diagak dengan kemenangan Barcelona terhadap Espanyol. Namun, perkara sebaliknya berlaku. Keputusan akhir meletakkan Espanyol memenangi perlawanan tersebut.
Disebalik kekalahan pasukan Barcelona, ia berkaitan dengan semangat, motivasi dan perasaan untuk menangi perlawanan tersebut. Satu kesilapan yang besar jika menyangkakan kemenangan sebelum ianya habis sehabisnya.
Jika kita melihat balik refleksi kesilapan Barcelona terhadap kehidupan seharian kita, banyak perkara dalam hidup ini berkaitan dengan motivasi diri kita. Berkata tentang motivasi, ia berbalik kepada perasaaan seseorang dalam mentafsir keadaan sekeliling. Apabila kita berada dalam suatu keadaan yang tertekan, kita mudah melatah dan menyalahkan keadaan kerana tidak mengikut dengan apa yang kita rasa dan fahami.
"Orang tu tak patut la tegur dalam keadaan ni, bukan dia tak tahu..."
"Semua orang tidak pernah memahami aku..."
"Kenapalah orang tu berfikiran macam tu..."
"Macam mana la orang tu tak faham-faham keadaan aku sekarang..."
Dan banyak lagi...
Merasa diri betul dan orang lain salah menyebabkan kita tertekan dengan tekanan yang tidak 'perlu'. Menggap orang lain perlu berubah mengikut gaya kita juga memberikan tekanan yang tidak 'berbaloi'. Meletakkan situasi dalam diri menyebabkan banyak perkara yang berlaku akan berakhir dengan kehampaan dan mewujudkan persengketaaan dan sangka buruk.
Jika semua ini berlaku terhadap kita, kembalilah memuhasabah diri, sejauh mana iman didada, berapa banyak amalan harian yang dibuat, sejauh mana niat ikhlas kita dan sejauh mana sahihnya fahaman kita. Jangan kita meletakkan diri kita mudah dikuasai oleh perasaan(mood) dan keadaan persekitaran. Letakkan kewarasan ditempat paling tinggi dan bersangka baiklah terhadap apa yang diluar jangkauan pemikiran kita.
Wallahua'lam
~Refleksi diri sendiri setelah melaluinya beberapa kali...Hakikatnya ia sangat sukar diubah....
Nukilan
-
►
2008
(56)
-
►
September
(10)
- :-:Mari Kita Beramal:-:
- :-:Aku Ialah Ayah dan Ibuku:-:
- :-:Ku Sangka Cerah hingga ke Petang:-:Rupa-rupanya...
- :~:Cepat-cepat:-:Mega sale Raya:-:Hanya antara 20/...
- :-:Rasulullah::Engkau bukan Umatku:-:
- :-:17:-:The Seventeenth:-:
- :-:TAG:-:TEG:-:TUG:-:
- :-:Emo:-:
- :-:Large Hadron Collider (LHC):-:
- :-:Buku Fikrah:-:PENDIDIKAN ISLAM DAN MADRASAH HAS...
-
►
August
(9)
- :-:Yang tertunggu-tunggu:-:Yang ternanti-nanti:-:
- :-:Usaha sedikit:-:Kesan Mendalam:-:
- :-:dahulu:-:kini:-:selamanya??!!:-:
- :-:Terpengaruh:-:
- Hijab...wama adraa kama hijab...
- FAST 2 FUND CAMPAIGN is BACK!!!~Rejab, Sya'ban & R...
- 1001 pengalaman:-:Al-Jaulatu Ila Ong Tai Kim (I)
- Muhasabah:-:KISAH EMPAT ISTERIKU
- To reflect and... Act.
-
►
September
(10)
NGO
Islamic Link...
Ta'aruf
My Alternate Link
Titian Wahyu
Kata-kata...
- "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
- Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
- Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
- Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
- Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
:-:Latest update:-:
-
Bertudung sampai kaki.5 hours ago
-
-
wah.. sudah bermula~12 hours ago
-
Niat baik dalam berbuat maksiat?14 hours ago
-
apa nak diceritakan?14 hours ago
-
-
-
goodies1 day ago
-
-
-
-
Aku adalah Manusia2 days ago
-
-
-
Hari ke-100 Datuk Seri N3 days ago
-
Demi jiwa3 days ago
-
-
-
-
-
Dunya4 days ago
-
-
-
-
-
-
-
Langkah Tercipta...6 days ago
-
-
-
-
-
-
Car Price in Malaysia1 week ago
-
Winter Trip 20091 week ago
-
Dalam mengajar kita belajar1 week ago
-
LELAKI & WANITA1 week ago
-
-
-
-
-
-
Snippet: Berdakwah Melalui Facebook2 weeks ago
-
RIDER's DAY2 weeks ago
-
-
-
-
-
Jasa Yang Terkenang3 weeks ago
-
Diversity: how you look on it?5 weeks ago
-
Lau kaana khairaan5 weeks ago
-
I've learnt something new5 weeks ago
-
-
-
-
-
-
BERCINTA IKUT SYARIAT??? YEKE??4 months ago
-
Publisiti Murahan4 months ago
-
Pindah rumah4 months ago
-
-
siapa itu??5 months ago
-
Penukaran Blog!6 months ago
-
Durian runtuuhhh8 months ago
-
thirteen days1 year ago

